Make your own free website on Tripod.com
INDUK LOKASI SEJARAH PIAGAM FALSAFAH MISI VISI WATAK

SEJARAH

KANDUNGAN

   SK LKTP Redong mendapat nama sempena nama tanah rancangan FELDA Redong yang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun1981. Pada masa itu hanya terdapat 30 orang pelajar sahaja. Ia merupakan cawangan kepada SK LKTP Kemelah yang berada di bawah pentadbiran En. Abd Aziz bin Norahim.

  Keseluruhan murid-murid sekolah ini adalah anak peneroka tanah rancangan FELDA Redong. Pada tahun 1982, pertambahan bilangan murid kepada 100 orang telah membolehkan ia ditadbir sendiri. Guru Besarnya yang pertama adalah En. Jaafar bin Ali. Pada peringkat awalnya, murid-murid ditumpangkan di rumah-rumah peneroka kosong yang ada di hadapan sekolah ini sekarang.

   Pada tahun 1983, dua buah bangunan 2 tingkat ( Blok A dan B ) dan sebuah kantin didirikan. Mulai saat itu, semua guru dan murid pun mulalah menggunakan bangunan kekal tersebut. Pada tahun itu, terdapat seramai 15 orang guru dan 322 orang murid.

   Setahun kemudian, bilangan murid bertambah kepada 609 orang. Pertambahan pesat bilangan murid ini membuatkan kerajaan terpaksa membina bangunan tambahan. Pada tahun 1986, sebuah blok setingkat didirikan dan seterusnya pada tahun 1988 satu blok lagi bangunan 2 tingkat didirikan di bawah Projek Bank Dunia.

   Bilangan murid sekolah ini mencatatkan rekod paling banyak pada tahun 1992 dengan seramai 1101 orang murid dan 45 orang guru. Murid-murid ini dimasukkan ke dalam 28 buah kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan dua sesi persekolahan.  Mulai tahun 1993, bilangan murid merosot kepada 1085. Keadaan ini berterusan hinggalah sekarang (2005) di mana bilangan murid hanyalah 408 termasuk murid Pra Sekolah. Ini disebabkan umur peneroka di sini yang semakin meningkat.

   Pada tahun 2000, sebuah bangunan tiga tingkat yang serba lengkap dengan bilik mesyuarat, bilik muzik, pusat sumber dan bilik komputer telah dibina. Bangunanan setingkat (BlokD) pula telah diubahsuai menjadi kelas untuk murid Pra Sekolah. Kemudian pada tahun 2004 pula, sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 21 buah komputer dan sebuah pelayan diguna pakai dengan rasminya.

  

Staff
Enrolmen Murid
Kurikulum
HEM
Ko-Kurikulum
PIBG
Aktiviti Bulanan
Pencapaian
Album
Pengumuman